Friday, July 10, 2009

kepada mereka yang berkenaan...

kali ni aq nk post artikel yang aq simpan dalam laptop ku tersayang ni...khas untuk mereka2 yang lahir pada bulan julai....kekadang ape yang ditulis ada dalam diri kita tanpa kita sedar atau tidak...
oleh itu bagi mereka yang berkenaan....hayati lah...(cewah)...


insan-insan yang lahir di bulan julai....anda...

* Sangat suka didamping.

* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.

* Agak pendiam kecuali dirangsang.

* Ada harga dan maruah diri.

* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.

* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.

* Sangat menjaga hati orang lain.

* Sangat peramah.

* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.

* Berjiwa sentimental.

* Jarang berdendam.

* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.

* Tidak suka benda remeh-temeh.

* Membimbing cara fizikal dan mental.

* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.

* Layanan yang serupa terhadap semua orang.

* Tinggi daya simpati.

* Pemerhatian yang tajam.

* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.

* Mudah dan rajin belajar.

* Suka muhasabah diri.

* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.

* Suka mendiamkan diri.

* Suka duduk di rumah.

* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.

* Tidak agresif kecuali terpaksa.

* Lemah dari segi kesihatan perut.

* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.

* Minta disayangi.

* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.

* Terlalu mengambil berat.

* Rajin dalam membuat kerja

p/s~ape yang tertulis selalunya ada yang benar nya...



Thursday, July 2, 2009

tentang waktu


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Monday, June 29, 2009

....YANG BERNAMA WANITA....

Diri seorang WANITA...
Gahnya bukan pada kecantikan...
Menawan bukan pada senyuman...
Hakikat seorang
WANITA punya hati yang terlalu rapuh
Mudah luntur pada dugaan...
Sekalipun
WANITA menongkah arus
mencari kekuatan pada denai-denai harapan...
Mengertilah diri seorang
WANITA....
Terbatas pada rasa malunya,
Tercabar pada naluri kecintaannya...
Kadangkala
WANITA menjadi kuat,
Bila kesetiaannya diuji
Bila kejujurannya dinilai
Malah bila dirinya dikeji....
Tapi jangan lupa...
WANITA juga kadangkala mudah mengalah,
Bila seringkali kesetiaannya tidak dihargai
Bila kejujurannya jadi tak bernilai lagi
Malah bila dirinya sudah lali...
"Mengerti akan kekecewaan sendiri"
WANITA yang selalu menangis
ada airmata yang mengajar erti bahagia..
ada airmata yang membawa duka...
ada jua airmata pengganti kata-kata...
Bila hati sudah enggan berbicara,
Mengertilah.....
Yang bernama
WANITA punya rasa cinta yang mendalam...
Sekali menitis airmata jangan terlalu bangga
mungkin bukan menagih simpati...
atau mentafsir cinta di hati....
tapi kerana
CINTANYA YANG SUCI...
PADA SEBUAH KECINTAAN YANG ABADI....
"DEMI CINTA SUCI"

7 kunci ketenangan hati.....


1. Jangan tergantung pada orang lain. Tergantunglah pada diri sendiri.

2. Jangan berburuk sangka orang lain akan membicarakan/menghinamu.

3. Jangan selalu mengingat penyesalan di masa lalu.

4. Jangan menyimpan kemarahan, dendam, iri hati dan kebencian.

5. Jangan membiasakan sikap terburu buru. Maka dari itu kendalikan lah waktumu sebaiknya.


6. Jangan khuatir akan hari esok. Tuhan menjanjikan masa depan, dan harapan kita tidak akan pernah lenyap.



Cinta, hidup dan mati ada di tangan Tuhan. Ia telah menuliskan takdir manusia jauh saat sebelum kita di lahirkan. Ia tahu apa yg terbaik bagi kita, maka dari itu jangan pernah sesali apa yang terjadi meskipun terasa perih bagi kita. Pada akhirnya setiap manusia akan di ciptakan untuk saling berpasang pasangan, maka dari itu jgn pernah khuatir akan cinta mu.


7. Ketuklah, Maka pintu akan terbuka. Ingatlah pada Nya, maka Ia akan mengingatmu. Berdoalah, maka keluh kesahmu akan didengarkan.


Saturday, June 27, 2009

ini kah kehidupan???


Jika kamu memancing ikan...
setelah ikan itu terlekat di mata kail...
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu...
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu
sahaja...
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu...
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada
seseorang...
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja...
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu...
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu. ..

Jika kamu menadah air biarlah berpada...
jangan terlalu mengharap pada takungannya. ..
dan janganlah menganggap ia begitu teguh...
cukuplah sekadar keperluanmu. ..
Apabila sekali ia retak...
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
akhirnya ia dibuang...
sedangkan jika kamu cuba membaikinya. ..
mungkin ia masih boleh digunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya...
Apabila sekali dia melakukan kesilapan...
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ..
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. ..
Sedangkan jika kamu memaafkannya. ..
boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya...

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat.. .
Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.. .
Kamu akan menyesal...

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu...
Menyayangimu. Mengasihimu. ..
Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain...
Terlalu mengejar kesempurnaan. ..
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal..

DIA lebih tahu

hidup adalah seperti apa yang anda tentukan - pinjam sat tagline Ally Iskandar. ya betul, hidup kita sememangnya adalah seperti apa yang kita tentukan, caranya, bentuknya, kisahnya dan perjalanannya.



malah ada yang mengatakan bahawa hidup seumpama sebuah pentas dunia..kita melakonkan setiap watak yang telah ada di dalam skrip. baik buruk lakonan kita bergantung atas kepakaran kita menghayatinya.



namun usah kita yakin terhadap kepakaran kita memainkan watak - kerana segala arahan dan perjalanan sesuatu cerita semuanya atas arahan pengarahnya. biar sepandai mana kita menghayati watak, biar seteruk mana kita lakonkan namun jika pengarahnya mengatakan"KUN FAYAKUN".. maka lakonan kita itu bergantung padanya.



sejauh mana kita mampu melayari kehidupan ini tanpa Dia di sisi, sedalam mana kita mampu terokai kehidupan ini tanpa Dia bersama? biar kita telah berusaha sedaya mungkin untuk memastikan kehidupan kita adalah yang terbaik, namun kita harus yakin bahawa Dia lebih mengetahui segala ketentuan qada' dan qadar yang telah tertulis buat kita - yang mana setiap kejadian itu ada hikmahnya.



mungkin jika hari ini kita jatuh tersungkur,

namun esoknya kita mampu berlari laju.

mungkin jika hari ini kita hilang apa yang ada,

namun esoknya kita beroleh lebih banyak lagi

mungkin jika hari ini kita menangis,

namun esoknya kita tertawa bahagia

namun

mungkin hari ini kita tertawa bahagia,

namun esoknya kita terluka

luka yang payah untuk kita ubati

sehingga kita bertemu jalannya...



hanya Dia yang mampu mengubati

sejauh mana kita mampu berfikir, namun hakikatnya kita masih tak bisa untuk terus mencari paksi jawapan pada pemikiran itu. kerana Dia lebih mengetahui.

biarlah pentas itu terus bercahaya, agar kita mampu lakonkan watak dengan sebaik mungkin agar pengarahnya terus berpuas hati..





Friday, June 26, 2009

~dijodohkan disyurga~

Bersumber dari Raja’ bin Umar An-Nakha’i, dia pernah bercerita: “Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-Nakha’ dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik.



Sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa sejak pertama melihat pemuda itu. Si pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya.



Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban cinta yang sangat berat. Si gadis tadi kemudian mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya: “Aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku, dan kerananya, betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.”



Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata kepada utusan wanita pujaan hatinya, “Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya aku takut akan seksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.”



Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda itu. Si gadis lalu berkata, “Selamanya aku belum pernah menemui seorang yang zuhud dan selalu takut kepada Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan orang adalah munafik.”



Setelah berkata demikian, gadis itu lalu melepas segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhir hayatnya.



Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah ke makamnya. Pada suatu ketika dia bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun bertanya, “Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?”



Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair: Kasih...
cinta yang terindah adalah mencintaimu,
sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.
Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu
burung syurga menjauh
dan malaikat menutup pintu.
Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?”
Kekasihnya menjawab dengan melantunkan syair:
Aku berada dalam kenikmatan
dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir
berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat
yang tidak mungkin binasa
yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih
Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya, “Di sana aku mohon agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!”



“Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!” jawab gadis kekasihnya itu.



Pemuda itu kembali berkata kepadanya, “Bila aku dapat melihatmu kembali?”



“Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari,” jawab kekasihnya.



Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia meninggal dunia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih sayang-Nya kepada mereka berdua dan mempertemukannya kembali di syurga.

Tuesday, June 23, 2009

~trip tasik temenggor~

Bandar diraja kuala kangsar menjadi destinasi pertama kami sebelum bermulanya perjalanan ke gerik. Kami semua berkumpul sementara menanti rakan- rakan yang lain. Mengisi perut yang berkerocong di Lembah. Masing-masing bertukar-tukar cerita. Masing-masing sudah nampak perubahan.

Rombongan kami dengan 3 buah kenderaan memulakan perjalanan ke gerik. Setelah 1 jam lebih kami sampai dihentian gerik, menanti din,arip dan bert. Hilang penat ketika perjalanan tadi dengan hilai tawa dari rakan-rakan yang lain. Girlfriend2 ni terus ke rumah din sementara boyfriend2 ke kedai makan,mengisi perut mereka.(memang kuat makan betul).

Setelah semua sudah sedia…kami menempuh perjalanan ke jeti yag memakan masa 45 minit…sepanjang perjalanan bermacam-macam karenah yang boleh dilihat…dengan jalan kurang elok kondisinya….dengan habuk….dengan tahi2 yg bertaburan di jalan(tak tau lar tahi gajah ke tahi lembu).tapi itu semua tak patah kan semangat untuk kami meneruskan perjalanan.

Setibanya dijeti, kami dibawa menaiki bot ke pulau yang di namakan pulau TNB. Dari jeti ke pulau TNB ambil masa lebih kurang 20 minit. Setelah sampai…terdengar lah keluhan dari mereka2 yang tidak pernah renggang dengan telefon bimbit….”coverage x da”…

Aktiviti pertama membersihkan sekitar pulau….tempat tidur…serta membasuh periuk belanga di dapur (paham2 je lar sape yg kne ye….)

Makanan petang kami disediakan pakcik yg turut serta…”mee hailam”..sedap gak lar pakcik ni masak…selesai makan …aktiviti boyfriend2 ni terjun tasik…walaupun girlfriend2 ni…xturut serta..tp dari kejauhan dah dengar betapa seronoknya boyfriend2 berendam kat tasik 2…

Setelah mempersiapkan diri…girlfriend2 ni sume membantu bert membakar ayam…pelik jugak girlfriend2 ni tgk bert x berendam macam boyfriend2 yg lain…rupe2nye…die takut air…hehehehe…(jangan marah ye bert)…

Hidangan kami malam ni…ayam dan ikan bbq + mee goreng manis…sedap lar gak…kecoh gak lar time nk sediakan makan malam…bermacam-macam karenah yg leh nampak..antaranya..boyfriend2 yg masuk dapur nk masak…hehehe…apapun..sedap..

Kami menikmati makan malam bersama dengan gelak ketawa…bermacam- macam cerita yg keluar..termasuk lar mengimbau kenangan masa sekolah dulu…betul kata org..sedewasa mane pn kite semua…pasti ingatan tetap pada masa lampau..

Selesai menikmati makan malam…kami memulakan perbincangan…antara isu yang berbangkit…nk mengatasi masalah kepuakkan dalam batch…jubli perak semesti…blog batch…dan lain2 perkara berbangkit…tak kurang jugak acara2 mengenakan sebahagian kami…(aq antara mangsa yg terkena…adus…)

Jam 12 malam…masing2 melakukan hal sendiri…ade yg sudah lena dibuai mimpi…ade gak bermain…xtau lar game ape yg diorang ni main…dah macam kira matematik je…dan ade jugak mereka2 yg tetibe hilang dari pandangan….(hehehehe…cube lar teka sape…)

Kira2 jam 4 pagi…suasana menjadi sunyi sepi....masing2 enak dibuai mimpi…ade juga yang berjaga melayan pagi yang hening….jam menghampiri 7..masing2 menunaikan subuh…selesai tunai kewajipan…girlfriend2 ni turun tasik…konon2 nk tgk matahari terbit…(tp xnampak lagi)sementara boyfriend2 menyambung mimpi mereka..nyenyak tido dengan angin pagi…

Hidangan pagi kami…cucur ikan bilis…ade antara boyfriend2 ni dah bangun(jangan terkejut…moja bangun awal ye…)ade gak boyfriend2 ni yg agak liat nak bangun pagi…bile di ajak mandi tasik…sorang demi sorang bangun…(leh plak bangun ye…)

Aktiviti wajib boyfriend2 mandi tasik…tapi sebelum 2 mereka semua naik bot keliling tasik…(agak jeles lar…sebab x dpt ikut sekali)..riuh rendah mereka berendam kt tasik 2 kedengaran…(alangkah seronoknya mereka)..selesai menyiapkan diri masing2..kami semua duduk bersama menikmati makan pagi…”cucur ikan bilis + nasi goreng”…tak lengkap kalo xde sesi mengenakan orang…ditambah dengan gelak ketawa…

Apabila menjangkau tengahari…kami berkemas2 untuk pulang…membersih sekitar kawasan…sebelum pulang…acara bergambar beramai2.. agak keberatan nak tinggalkn pulau tersebut…banyak kenangan kami disana walaupun jangka masa yang pendek…

Bergilir2 menaiki bot yang dipandu sendiri din…kami sampai di jeti…keseronokan jelas tergambar dimuke masing2 setelah dapat berhubung dengan dunia luar…(hp dah ade coverage…hehehehe)..kami bertolak ke rumah din menikmati makan tengahari…

Makan tengahari kami…”kari ayam + telur dadar + ulam2 +sambal belacan(boleh tahan lar pedasnya) + sirap limau…” selesai makan…acara perpisahan…(huhuhuhuhu…) girlfriend2 ni bertolak balik…di ikuti dengan boyfriend2 yang lain…



~Boyfriend2= bana,din,bert,arip,moja,kengkang,paktam,cbot,trex,iman,nami,abal,buncho,

bayern…

~Girlfriend2=

Manaal,carl,bern,jawang









Friday, June 19, 2009

=)

mode==excited??
why==mau ketemu rakan lama...
event==gathering...

place==tasik temenggor
when==esok....

eloop my dear frenz...
see u tomorrow...




Thursday, June 18, 2009

sabar lah hati....

ku lepas kan insan...
bersama angin bayu...
terbang membawa kenangan dahulu dari ingatan...
walau pn pedih ku rasa...
namun itulah hakikat yang harus ku tempuhi...
insan bukan milik ku lagi...
perit hati menanggung siksa rindu buatmu insan...
namun sia2...
insan tidak mengetahuinya...
biarlah hati ini terguris sudah...
biarlah hati ini tersiksa...
insan...
mengapa begitu benci kamu pada ku????
mengapa????
sepatah kata pn tiada keluar dari mulutmu...
mengapa???
kau larikan pandangan mu dari memandangku....
mengapa???
mengapa insan????
mengapa begitu berubahnya kamu insan...
mengapa???
insan...
kini ku redha dengan segalanya...
biar ku menangis kesorangan...
merawat hati yang luka...
luka darimu insan...

;;

Template by:
Free Blog Templates